Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim

Khamis, 10 September
SR Tungku telah mengadakan satu majlis khatam Al-Quran bagi guru-guru sekolah. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna. Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Hj Suhaili dan diikuti dengan bacaan surah-surah juz 30 oleh guru-guru.

Pada majlis itu juga diadakan Penyampaian Derma untuk anak-anak yatim bagi murid-murid yang menuntut di SR Tungku. Seramai 14 org anak-anak yatim menerima derma tersebut yang diserahkan oleh Guru Besar.