Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

27 July 2009

Young Biologist Towards SPN21

Projek Young Biologist ini adalah salah satu projek yang dijalankan di Sekolah. Tujuannya ialah untuk mendedahkan kepada murid-murid segala pengetahuan dan informasi yang berhubung dengan ilmu Sains. Ianya juga menarik minat murid untuk menyukai matapelajaran Science.


Young Biologist bergambar ramai dengan Guru Besar dan Guru Pengawas sambil memegang jagung yang telah dipetik


Mohd Mohaimen bangga menunjukkan hasil jagung yang telah ditanam oleh beliau





Inilah hasil tanaman murid-murid setelah dimasak. Murid-murid juga diberi peluang untuk merasai jagung yang telah mereka tanam

Lawatan mempromosikan kesihatan

Pegawai-pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan telah membuat pemeriksaan dan memberi suntikan berperingkat kepada murid-murid. Ini adalah untuk memastikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit terutama sekali Influenza A H1N1.


Dokter sedang membuat pemeriksaan telinga


Murid ini menerima rawatan pendengaran

07 July 2009

Kembali Bersekolah

Murid-murid kembali bersekolah pada 6hb Julai 2009. Pemeriksaan kesihatan telah dibuat sebagai langkah pencegahan Influenza A H1N1. Semua murid dimestikan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan (suhu panas badan dan batuk selesma) setiap hari sebelum masuk ke bilik darjah. Bagi murid-murid yang sakit dinasihatkan untuk tidak bersekolah.

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts