Majlis Perpisahan Guru Bersara dan Guru Berpindah Tempat Bertugas

Posted by Unknown on Saturday, February 20, 2010 with 1 comment
Pada 6hb Februari yang lalu, Sekolah telah meraikan majlis perpisahan bagi guru yang bersara dan bagi guru-guru yang berpindah tempat bertugas. Majlis diadakan di Restoran Mutiah Kiulap.

Majlis yang berlangsung jam 1.30 petang itu dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan seterusnya ucapan dari Guru Besar Sekolah. Guru bersara yang diraikan iaitu Cikgu Fatimah binti Hj Yahya dan guru yang berpindah tempat bertugas iaitu Cikgu Dk Hariana binti Pg Hj Johari juga berkesempatan memberi ucapan ringkas yang penuh makna. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah cenderahati kepada guru yang diraikan dan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Hj Salleh.

  
(Left): Guru Besar memberi ucapan kepada yang diraikan..(Centre): Guru yang diraikan, Cikgu Fatimah dan Cikgu Dk Hariana.. (Right): PGB1, PGB2 dan guru-guru hadir memeriahkan majlis tersebut

    


Acara sampingan pada petang itu ialah Sambutan Hari Jadi yang diadakan secara mengejut buat 3 orang guru yang tarikh lahirnya jatuh pada bulan Februari.
Categories: