Practice for badminton tournament

Posted by Unknown on Saturday, February 27, 2010 with No comments
Sabtu, 27 Februari 2010

 
 

Untuk mempersiapkan diri bagi perlawanan bola tangkis yang telah diadakan pada 2, 3 dan 4 Mac 2010, murid-murid yang ikut serta dikehendaki hadir untuk berlatih di dewan SR Tungku pada pukul 8 pagi hingga 11.00am pada setiap hari Jumaat dan Ahad. Sebelum memulakan latihan, terlebih dahulu murid melakukan pemanasan badan yang di ketuai oleh Muhd Sufian bin Sufri, murid tahun 6B.

Semangat yang ada pada mereka sungguh tak disangka walaupun waktu yang diberikan hanya singkat sahaja. Guru - guru pengawas yang terlibat, Cikgu Norhani dan Cikgu Yulia sangat berbangga kepada pemain-pemain sekolah kita kerana mereka mahu memperbaiki mutu permainan mereka dan mempunyai rasa ingin menang dalam diri mereka. Kecekalan hati mereka untuk berlatih terbukti kerana keadaan dewan yang belum siap digunakan tidak menghalang mereka untuk menjalani latihan bola tangkis di dalam dewan itu.
Pemain-pemain yang terpilih dalam perlawanan bola tangkis ini seramai 7 orang kesemuanya, 4 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Peserta lelaki ialah Nuruddin bin Hj Aji (6B), Sufian bin Sufri (6B), Afiq bin Abdullah Azmi (6B) dan Ahmad Wafi bin Abdul Hamid (5B) sebagai simpanan. manakala peserta perempuan ialah Aina KArmila binti Mekrat (6A), Dk Nabihah binti Pg Baharuddin (5B) dan Siti Nurin Afifah binti Bariffin (5C).
Categories: