Demonstrasi Kebersihan & Keselamatan Tandas Sekolah

Posted by Unknown on Sunday, April 25, 2010 with 12 comments
Ahad, 25 April 2010.

Syarikat Comms Harris telah mengadakan demonstrasi kebersihan dan keselamatan tandas di dalam kawasan sekolah untuk guru-guru dan kakitangan serta pembersih-pembersih Sekolah Rendah Tungku kelmarin, hari Sabtu, 24 April 2010, jam 2.00 petang. Demonstrasi telah disampaikan oleh Siti Rasimah binti Awang Haji Taha, Head of Business Development dari Syarikat Comms Harris sendiri.

Demonstrasi yang ditunjukkan ialah cara penggunaan dan cara pembersihan tandas yang betul, penggunaan alatan-alatan pembersih yang sesuai dan alatan keselamatan seperti sarung tangan yang seharusnya dipakai ketika melakukan pembersihan. Selain tandas, cara membersihkan longkang juga ada ditunjukkan dengan menggunakan bahan dan alatan pembersih yang khas.

Demonstrasi selanjutnya dilakukan di tandas guru dan tandas murid. Pembersihan secara menyeluruh dilakukan sambil disaksikan oleh guru-guru dan kakitangan dan seterusnya hasil dari pembersihan yang telah dilakukan. Demonstrasi berakhir kira-kira jam 4 petang.

     
     
 
 
Categories: