Perjumpaan Ibu Bapa dan Penjaga Tahun 6 & Ceramah Motivasi

Posted by Unknown on Saturday, April 10, 2010 with 2 comments
10 April 2010. Sabtu.


 
 

Majlis perjumpaan guru-guru Tahun 6 dan ibu bapa serta penjaga murid-murid Tahun 6 telah berlangsung kelmarin di dewan Sekolah Rendah Tungku seawal 7.00 pagi. Majlis dimulakan dengan perjumpaan dan perbincangan secara empat mata antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga mengenai prestasi pembelajaran Tahun 6 anak-anak mereka sehingga ketahap bulan April ini.


  
  

Pengerusi di majlis itu ialah Cikgu Hajah Aineh binti Haji Saban. Antara tetamu yang hadir ialah Guru Besar SR Tungku, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar, selaku ahli jawatankuasa Penasihat, Cikgu Saramah binti Mail - Penolong Guru Besar I, Cikgu Fizawati binti Haji Khanafiah - Penolong Guru Besar II, para ibu bapa dan penjaga, guru-guru SR Tungku dan murid-murid Tahun 6.

Ceramah motivasi telah diberikan oleh jemputan khas iaitu Cikgu Ali Yusri bin Abd Ghafur, seorang pegawai kaunseling dari Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Kementerian Pendidikan. Antara motivasi yang disentuh ialah tanggungjawab ibu dan bapa terhadap anak dan tanggungjawab anak terhadap orang tuanya.

Majlis disudahi dengan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Haji Salleh bin Haji Nassir dan diikuti dengan jamuan.

    
Categories: