SR Tungku 2 - 3 SR Pulaie

Posted by Unknown on Sunday, April 04, 2010 with 2 comments
4 April 2010, Ahad

Bertempat di padang bola Sekolah Rendah Pulaie, perlawanan persahabatan bola sepak murid-murid Sekolah Rendah Tungku dan Sekolah Rendah Pulaie telah berlangsung pada hari Ahad, 4 April 2010 bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi dengan berkesudahan SR Tungku tewas 2 berbalas 3 kepada SR Pulaie.

Muhammad Afiq Abdullah telah menjaringkan gol pertama di masa pertama perlawanan berlangsung. Gol kedua di jaringkan oleh Muhammad Fauzi Jaidin di masa kedua perlawanan. Gol ketiga dijaringkan oleh Muhammad Fauzi tetapi tidak dikira masuk gawang lawan kerana kesalahan offside.

 

Turut hadir menyaksikan perlawanan itu ialah para ibu bapa murid-murid dari SR Tungku yang menyokong dan memberi motivasi kepada anak-anak mereka dalam perlawanan bola sepak.

Categories: