Aplikasi Fonetik Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

Posted by Unknown on Sunday, May 02, 2010 with 1 comment
Fonetik adalah salah satu kaedah membaca yang paling sesuai bagi kanak-kanak yang baru belajar membaca terutamanya murid-murid prasekolah. Melalui kaedah ini, murid-murid mengenal bunyi huruf dan dari kesinambungannya dapat membantu murid untuk membaca dengan membunyikan perkataan dan membaca dengan lancar.

Sekolah Rendah Tungku telah membuat inisiatif dengan mendedahkan pembacaan menggunakan kaedah fonetik kepada ibu bapa dan penjaga yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 30 April 2010 lepas. Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa serta penjaga murid untuk sama-sama membantu pengajaran dan pembelajaran membaca untuk prasekolah di rumah. Melalui pendedahan ini, ibu bapa dan penjaga juga mampu mengajar, mendorong dan mengaplikasikan kaedah fonetik untuk anak-anak prasekolah mereka membaca di rumah dan bukan hanya di sekolah semata-mata.

Cikgu Hajah Rohani binti Haji Mantok      Cikgu Kathy Marlina binti Haji Majid

Pengajaran kaedah fonetik telah disampaikan oleh Cikgu Hajah Rohani binti Haji Mantok, Guru Pra bagi kaedah fonetik dalam Bahasa Melayu dan Cikgu Kathy Marlina binti Haji Majid, Guru Tahun 2 bagi kaedah fonetik dalam Bahasa Inggeris.

Ibu bapa dan penjaga juga turut dilibatkan dalam sesi praktikal pengajaran kaedah ini. Hasil dari tunjuk cara dan penyampaian yang dibuat, ibu bapa dan penjaga mampu dan berupaya belajar kaedah fonetik dengan baik.

 

Turut hadir di sesi pengajaran ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan bahagian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dengan diiringi oleh Guru Besar SR Tungku, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar dan Penolong-Penolong Guru Besar, Cikgu Saramah binti Mail dan Cikgu Fizawati binti Haji Khanafiah.

  
Categories: