11 Sekolah Rendah Brunei III sertai PPPS+M

Posted by Unknown on Friday, July 23, 2010 with No comments

Sebelas buah sekolah hari ini terlibat dalam Program Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik (PPPS+M) sekolah-sekolah rendah Brunei III di Taman Rekreasi Bukit Shah Bandar di Jerudong.

Hadir melancarkan majlis itu ialah Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Rendah) Haji Ramlee Abdul Rahman yang turut berkesempatan menyampaikan ucapannya dan turut serta dalam sesi pemanasan badan bersama ahli jawatankuasa dan peserta serta guru pengiring yang hadir ke majlis itu.

Majlis itu dikendalikan jawatankuasa pemimpin sekolah-sekolah rendah Brunei III (JAPSER Brunei III) yang dimulakan dengan ucapan oleh pengerusi JASPER Brunei III, Ayerman Haji Kahan yang antaranya menyatakan program itu adalah hasil penyelarasan Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Pusat STEP).

Menurutnya, program itu menumpukan kepada pencapaian peserta dalam mata pelajaran sains selari objektif Pusat STEP untuk mengadakan lebih banyak aktiviti berkaitan pendidikan sains, teknologi dan alam sekitar yang melibatkan kira-kira 66 pelajar dari 11 sekolah yang terlibat.

Ia juga bertujuan menanamkan minat kepada pelajaran sains dan matematik serta mengembangkan kemahiran proses dalam sains serta menggalakkan murid untuk belajar dalam suasana berbeza dan membuat ulang kaji bagi persediaan PSR yang bakal mereka duduki sedikit masa lagi.

Menurut kenyataan penganjur program itu hari ini, tema aktiviti PPPS-M itu adalah "Jejak Sains" dan pelajar akan terlibat dengan 11 lokasi atau stesen yang terpilih dan akan membuat aktiviti mengikut tajuk dipilih dalam masa lima minit.

Oleh Mohamad Asyramisyanie
diadaptasi dari Media Permata
Jumaat, 23 Julai 2010.
Categories: