Aksi PPPS + M di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar

Posted by Unknown on Sunday, July 25, 2010 with 1 comment

Berlangsung pada 22 Julai 2010 lepas di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar yang bermula pada jam 8.00 pagi. Program Peningkatan Pencapaian Sains dan Matematik mencapai objektifnya sebagai Science Trail dipersekitaran hutan sesuai dengan program Sains yang dianjurkan. Aksi-aksi keceriaan guru-guru dan penuntut-penuntut sekolah rendah yang mengikuti program itu dapat dilihat melalui aktiviti yang dibuat. Sebahagian ini dipaparkan gambar-gambar aksi guru-guru dan penuntut-penuntut Sekolah Rendah Tungku beserta dengan guru-guru dan penuntut-penuntut dari sekolah lain dan dari pegawai-pegawai JAPSER Brunei III.

Sekolah Rendah Mata-Mata menjuarai bagi keseluruhan aktiviti.

Cikgu Muliati (SR Bendahara Sakam Bunut) dan Cikgu Roseadah (SR Tungku),
tulang belakang pengurusan program yang cemerlang.

Perasmian oleh Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Rendah), Haji Ramlee Abdul Rahman (kanan) sambil disaksikan oleh Pengerusi JASPER Brunei III, Ayerman Haji Kahan (tengah)

Pengerusi JASPER Brunei III, Ayerman Haji Kahan (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Pemangku Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan (Rendah), Haji Ramlee Abdul Rahman (kanan) sebagai tanda penghargaan.
Categories: