SR Tungku Meraih 5 Pingat Kejohanan Olahraga

Posted by Unknown on Saturday, July 17, 2010 with 1 comment

Lima orang penuntut dari sekolah ini telah berjaya meraih pingat di kejohanan olahraga sekolah-sekolah rendah bagi kawasan Brunei III yang berlangsung pada 11 Julai 2010 yang lalu bertempat di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas.

Kejohanan sukan larian 1500m Perempuan telah diraih oleh Dk Amal Fitri Radhiyah binti Pg Ahmad dengan mendapat pingat gangsa. Pingat Perak bagi acara Lompat Jauh Perempuan dan larian 800m Perempuan diperolehi oleh Dk Siti Nabihah binti Pg Baharuddin dan Nur Amalia binti Othman.

Pingat Perak bagi acara lelaki larian 100m diraih oleh Muhammad Afiq bin Abdullah manakala Muhammad Fauzi bin Jaidin memperolehi pingat Emas bagi acara larian 1500m Lelaki.

Penyampaian pingat telah disampaikan oleh Cikgu Suhaili bin Haji Jaafar, Guru Besar Sekolah Rendah Tungku di dewan sekolah tadi pagi.




Categories: