Majlis Membaca Surah Yaasin, Bertahlil serta Doa Tahlil bagi Sekolah-Sekolah Kerajaan Kawasan Brunei III Tahun 2010M / 1431H

Posted by Unknown on Monday, August 30, 2010 with No comments



Khamis, 15 Ramadhan 1431H bersamaan 26 Ogos 2010, Jawatankuasa Pemimpin-Pemimpin Sekolah Kawasan Brunei III (JAPSER BR III) telah mengadakan satu majlis membaca Surah Yaasin dan Tahlil serta Doanya bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III bertempat di Dewan Sukma Indera di Sekolah Rendah Rimba II, jam 12.30 tengahari. Majlis ini dikendalikan oleh Badan Keugamaan, Kebajikan dan Sosial, Japser Br III yang mana melibatkan Guru-Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar dan juga guru-guru daripada Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil diketuai oleh Ustaz Hj Salleh bin Hj Nasir dan Doa Tahlil dibacakan oleh Ustaz Rabbani Maksum bin Hj Rabaee. Majlis ini di khususkan kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan seperjuangan serta muslimin dan muslimat yang telah dulu pergi menemui Ilahi.

 

 

 

Hadir pada majlis tersebut, Yang Mulia Pemangku Penolong Pengarah Daerah Brunei I dan III, Cikgu Hjh Hasnah bt Kula dan juga pegawai-pegawai daripada Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Tujuan majlis ini diadakan ialah sebagai salah satu aktiviti Badan keugamaan, Kebajikan dan Sosial khususnya dalam bulan suci Ramadhan disamping untuk beramal ibadat di bulan Ramadhan agar majlis yang diadakan mendapat keberkatan. Dengan adanya majlis sebegini juga akan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan kerjasama antara guru-guru Kawasan Brunei III.


 

 

Categories: