Tahlil Sempena Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan

Posted by Unknown on Tuesday, August 10, 2010 with No comments


Berlangsung di dewan sekolah selepas perkumpulan pagi tadi, seluruh warga SR Tungku telah sama-sama menyemarakkan majlis keugamaan membaca tahlil sempena kedatangan bulan mulia bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

Pembacaan diketuai oleh Cikgu Noor Mohammad Sah bin Haji Metassim dan doa selepas tahlil dibacakan oleh Ustaz Haji Salleh. Sebelum itu, ucapan pembukaan bagi majlis itu telah disampaikan oleh Cikgu Suhaili bin Haji Jaafar, Guru Besar SR Tungku Brunei III.

Guru-guru juga telah dihidangkan dan menikmati juadah makanan yang dibawa dan dikongsikan bersama semasa waktu rehat.

Categories: