Pengagihan Bendera oleh Pemangku Pengarah JAPEM

Posted by S Tungku on Saturday, February 19, 2011 with 1 comment
Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan telah berkenan mengagihkan bendera-bendera kecil kepada murid-murid Sekolah Rendah Tungku yang berlangsung pada 14 Februari lepas bertempat di dewan sekolah ini.

Ketibaan Pemangku Pengarah disambut oleh Guru Besar sekolah, Cikgu Suhaili bin Haji Jaa'far yang mana beliau juga kemudiannya mengiringi Pemangku Pengarah dalam pengagihan bendera-bendera kecil kepada murid-murid sekolah.

Liputan lanjut mengenai laporan ini bolehlah dilayari di laman web Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Belia dan Sukan, http://www.japem.gov.bn/catatan/2011/februari.htm, seperti apa yang di lihat di bawah ini;

Meningkatkan Patriotisme Di Kalangan Murid Sekolah
Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan ketika mengagihkan bendera kecil
sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-27 kepada murid-murid Sekolah Rendah Tungku, Gadong
Lebih 500 helai bendera kecil Negara Brunei Darussalam dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diagihkan pagi tadi kepada murid-murid Sekolah Rendah Tungku, Gadong.

Majlis Pelancaran Pengagihan Bendera Kecil (Meja) bagi murid-murid sekolah itu disempurnakan oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan yang diadakan di Dewan sekolah tersebut.

Turut sama mengagihkan bendera kecil (meja) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-27, Guru Besar sekolah tersebut, Cikgu Suhaili bin Haji Jafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat kemudian diikuti dengan menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan', seterusnya ucapan alu-aluan Guru Besar sekolah tersebut.

Acara kemuncak pada pagi tadi ialah pengagihan bendera oleh tetamu kehormat kepada murid-murid sekolah tersebut.

Tetamu kehormat kemudian melawat kelas-kelas yang telah diletakkan bendera di atas meja pelajar sambil beramah mesra bersama mereka.
Reactions:
Categories: