Pemangku Penolong Pengarah berkenan menyampaikan penghargaan DisplayBoard Terbaik 2011

Posted by S Tungku on Wednesday, March 30, 2011 with 1 comment
Yang Mulia, Cikgu Haji Zulkipli bin Haji Ladis
Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan

Yang Mulia, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar
Guru Besar Sekolah Rendah Tungku, Brunei III 

Tahniah diucapkan kepada guru-guru Tahun 1, Cikgu Mazalinah binti Haji Mohammad, Cikgu Nurnuranurie binti Jasni, Cikgu Yulia binti Abdullah dan Cikgu Tan Yean Shia yang telah menjuarai pertandingan displayboard terbaik bagi tahun 2011. Tempat kedua dimenangi oleh Cikgu Fauziah binti Haji Mohammad dan Cikgu Maliah Anak Manai bagi displayboard  matapelajaran Lukisan. Tahun 2 mendapat tempat ketiga yang diusahakan oleh Cikgu Hajah Aming binti Draman, Cikgu Muhd Azizul Nurasri bin Hj Nordin dan Cikgu Noraudah binti Ibrahim. Saguhati disampaikan kepada guru-guru Pra, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Majlis berlangsung di bilik persidangan sekolah ini pada 29 Mar 2011. Tetamu Kehormat, Yang Mulia Cikgu Haji Zulkipli bin Haji Ladis, Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Rendah di Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan berkesudian menyampaikan hadiah penghargaan kepada guru-guru yang terlibat. Turut menghadiri di majlis itu ialah Yang Mulia Cikgu Haji Zakaria bin Haji Duraman, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III, Yang Mulia Cikgu Haji Salim bin Haji Muntol, Penyelia Kanan Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei I dan III dan Yang Mulia Cikgu Rosli bin Haji Damit, Penyelia Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III.

Majlis juga dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Rendah Tungku, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar, Cikgu Saramah binti Mail, Penolong Guru Besar I dan Cikgu Hajah Samziah binti Haji Sabtu, Penolong Guru Besar II serta guru-guru Sekolah Rendah Tungku Brunei III.

Pertandingan displayboard  dihakimi oleh Yang Mulia Cikgu Haji Awang bin Abdul Ghani, Penyelia Daerah Brunei I dan Yang Mulia Cikgu Haji Mohd Azmi bin Haji Ridzuan, Pemangku Penyelia Daerah Brunei II.

Sebelum penyampaian hadiah disampaikan, terlebih dahulu Tetamu Kehormat beserta dengan jemputan-jemputan lain membuat lawatan untuk melihat lebih dekat displayboard yang dipertandingkan. Lawatan diiringi oleh Guru Besar dan Penolong Guru Besar I dan II. Lawatan juga diteruskan ke bilik perpustakaan, dewan sekolah serta blok bangunan baru sekolah.

Pertandingan displayboard  ini adalah salah satu projek perkembangan profesional bagi guru-guru Sekolah Rendah Tungku dengan tujuan menggalakkan guru-guru lebih berinisiatif, kreatif dan inovatif serta menghargai dengan mempamerkan segala hasil kerja murid-murid yang terpilih mengikut usaha masing-masing.

Cikgu Fauziah binti Haji Mohammad, menerima penghargaan tempat kedua bagi DisplayBoard matapelajaran Lukisan

Cikgu Yulia binti Abdullah, salah seorang guru Tahun 1 yang menjuarai pertandingan DisplayBoard terbaik tahun 2011.



Tempat Pertama - Tahun 1



Tempat Kedua - Subjek Lukisan


Tempat Ketiga - Tahun 2

Reactions:
Categories: