Sesi Kongsisama Pengajaran Drama dalam Pembelajaran PraSekolah

Posted by S Tungku on Saturday, March 12, 2011 with 1 comment
Satu sesikongsisama mengenai dengan pengajaran drama dalam pembelajaran prasekolah telah disampaikan oleh Cikgu Hjh Rohani binti Hj Mantok, salah seorang guru prasekolah. Hadir pada sesi tersebut ialah Penolong Guru Besar 1, Cikgu Saramah binti Mail dan guru-guru SR Tungku. 

Tujuan pengajaran drama ialah untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran bukan chalk and talk, mengikut SPN21 murid aktif guru pembimbing. Dengan mempraktikkan pengajaran drama di Prasekolah, pembelajaran murid-murid menjadi lebih bermakna dan berkesan disamping melatih kanak-kanak untuk berkomunikasi, membolehkan kanak-kanak berdialog dengan bahasa yang teratur dan indah. Ianya juga menggalakkan guru mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran, supaya lebih kreatif dan inovatif dalam memilih, menyedia dan membina bahan pengajaran.






Guru-guru diberikan tugas membuat satu cerita drama pendek dan mempersembahkannya dihadapan guru-guru yang lain.











Reactions:
Categories: