Bengkel Permainan Bahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Posted by S Tungku on Wednesday, April 13, 2011 with 2 comments
Satu bengkel permainan bahasa dalam pengajaran bahasa melayu telah diadakan pada 5hb April bertempat di Bilik Sains sekolah. Cikgu Yulia binti Abdullah telah mengongsikan idea mengenai permainan bahasa ini yang beliau perolehi sewaktu menghadiri ''Bengkel Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Bahasa Melayu'' selama beberapa minggu bertempat di Universiti Brunei Darussalam pada tahun lepas. Salah satu objektifnya ialah matlamat jangka pendek yang digunakan oleh guru sebagai asas untuk mencapai tujuan pembelajaran tertentu semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Sesi tersebut dihadiri oleh Guru Besar, Cikgu Hj Suhaili bin Hj Jaafar, Penolong Guru Besar I, Cikgu Saramah binti Mail, Penolong Guru Besar II, Cikgu Hjh Samziah binti Hj Sabtu dan guru-guru Sekolah Rendah Tungku.














Reactions:
Categories: