07 July 2011

Sembahyang Kunci Kebahagiaan, Sambutan Isra' Mikraj Sekolah Rendah Tungku

Mohd Noraiman Hafizzat bin Mohd Nor, penuntut dari Tahun 6D
membacakan khutbah Jumaat sempena sambutan Isra' Mikraj


Sekolah Rendah Tungku tadi pagi telah menyambut sambutan Isra' Mikraj bagi tahun 1432 Hijrah, 5 Sya'aban bersamaan dengan 7 Julai 2011 di dewan sekolah dengan tema "Sembahyang Kunci Kebahagiaan". Acara seawal 7.45 pagi itu di mulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Surah Al-Isra, ayat 1 hingga 7 yang dibacakan oleh Dayangku Nurhafizah Raudhah binti Pengiran Azmi dari Tahun 6C dan juga tafsirannya oleh Muhammad Abdul Hadi Syuaib bin Haji Suhaili dari Tahun 6D.


Majlis dihadiri oleh Guru Besar Cikgu Norliha binti Haji Matali, Penolong Guru Besar I Cikgu Saramah binti Mail, Penolong Guru Besar II Cikgu Hajah Samziah binti Haji Sabtu, guru-guru serta penuntut-penuntut dan juga kakitangan sekolah.


Majlis diteruskan dengan petikan bacaan khutbah Jumaat sempena sambutan Isra' Mikraj tahun ini yang disampaikan oleh Mohd Noraiman Hafizzat bin Mohd Nor dari Tahun 6D dan kemudian diikuti oleh tayangan video mengenai kisah cinta Rasullullah S.A.W kepada umatnya.


Penuntut-penuntut dari gabungan Tahun 6C dan 6D mempersembahkan sebuah lakonan dengan tajuk Demi Masa serta diiringi dengan persembahan lagu-lagu nasyid bertajuk Tomat (Taubat), Ingat Lima Perkara Sebelum Lima Perkara dan Selimut Putih.


Pertandingan kuiz juga diadakan bagi ketua-ketua kelas rendah atas yang mana soalan kuiz adalah mengenai perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W dan juga mengenai Isra' Mikraj. Majlis diselajurkan dengan persembahan nasyid dari Tahun 5A dengan tajuk lagu Sepohon Kayu.


Cikgu Norliha binti Haji Matali, Guru Besar SR Tungku berkenan menyampaikan hadiah bagi mereka yang berjaya di dalam kuiz Isra' Mikraj di akhir majlis. Juga diselajurkan penyampaian derma kepada anak-anak yatim di sekolah ini dan juga hadiah galakan bagi dua orang penuntut yang telah mengharumkan nama sekolah di atas kejayaan mereka. Muhammad Abdul Hadi Syuaib bin Haji Suhaili dari Tahun 6D telah menjuarai pertandingan Spelling Sekolah-Sekolah Rendah Senegara dan Muhammad Rosyiq Daniel bin Roslani yang telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan esei bagi kategori sekolah-sekolah rendah yang di anjurkan oleh Pihak Berkuasa Bagi Industri Info-Komunikasi dan Teknologi Brunei Darussalam (AiTi). Kedua-kedua mereka masing-masing menerima wang tunai sebanyak $110 sebagai penghargaan dan kegembiraan dari guru-guru Sekolah Rendah Tungku.




BACAAN SURAH AL-ISRA OLEH DK NURHAFIZAH RAUDHAH DAN 
TAFSIRANNYA OLEH ABDUL HADI SYUAIB



KUIZ ISRA' MIKRAJ UNTUK KETUA-KETUA KELAS RENDAH ATAS




NASYID SEPOHON KAYU OLEH TAHUN 5A



PENYAMPAIAN DERMA ANAK-ANAK YATIM



ABDUL HADI SYUAIB DAN ROSYIQ DANIEL, MASING-MASING DENGAN
PENGHARGAAN MEREKA

Lebih banyak gambar di Facebook kami
Reactions:

Twitter Updates

Shopping Online

Shopping Online
Shop Online in Brunei Stores

View Our Popular Posts

No Plastic Bags on Weekends

No Plastic Bags on Weekends

Share It