Majlis 3in1

Posted by Unknown on Monday, October 10, 2011 with No comments
Rabu, 5hb Oktober 2011, satu majlis telah diadakan di Restoran Seasons. Majlis tersebut adalah untuk meraikan guru yang melanjutkan pengajian keUBD, dua orang guru yang akan menunaikan fardhu haji dan sambutan hari guru (3 dalam 1).

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan daripada Guru Besar, Cikgu Hjh Norliha binti Hj Matali, serta ucapan dari Cikgu Nurnuranurie binti Jasni (melanjutkan pelajaran). Penyampaian cenderahati bagi guru-guru yang diraikan juga dilaksanakan. Acara dimeriahkan lagi dengan TOP UP kredit talian Easi DST dan B-Mobile. Pertukaran hadiah bagi guru-guru juga berlangsung. Acara kemuncak adalah pengagihan hadiah berupa sekaki payung sempena hari guru ikhlas daripada Guru Besar kepada semua guru.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa-Doa oleh Ustaz Hj Salleh bin Hj Nassir dan Ustaz Amiruddin bin Hj Md Zaidi.












Guru Besar SR Tungku, Cikgu Hjh Norliha sedang menyampaikan ucapan alu-aluan





Guru yang melanjutkan pengajian ke UBD memberi ucapan








Dua orang guru yang akan menunaikan fardhu haji menerima sumbangan ikhlas daripada Guru Besar. Semoga mendapat haji yang Mabrur... Aminnnn 


Guru-guru sedang berlumba-lumba menekan keypad untuk memasukkan nombor bagi memenangi TOP UP 










Sebelum berakhir majlis, satu kejutan untuk Cikgu Nurnuranurie sempena Hari Jadinya


Categories: