Taklimat Pra Tahun 2012 dan Perasmian "Outreach Program"

Posted by Unknown on Sunday, November 06, 2011 with No comments
Cikgu Hjh Rohani binti Hj Mantok menyampaikan taklimat Pra bagi tahun 2012.

Cikgu Hamdiah binti Amat, Guru Kanan Akademik menyampaikan taklimat
mengenai Outreach Program

Taklimat untuk ibu bapa dan penjaga mengenai kemasukan penuntut baru Pra bagi tahun 2012 telah sempurna diungkayahkan kelmarin, 5 November 2011, di dewan Sekolah Rendah Tungku. Taklimat disampaikan oleh tiga orang guru Pra iaitu Cikgu Hjh Rohani binti Haji Mantok, Cikgu Hjh Serimah binti Hj Md Ali dan Cikgu Kartini binti Abdullah.

Ibu bapa dan penjaga telah didedahkan mengenai hal-hal penting persekolahan bagi penuntut-penuntut Pra, antaranya tentang etika pakaian dan pengurusan penuntut yang dikategorikan sebagai "stateless".

Taklimat juga diselajurkan dengan perasmian "Outreach Program" yang memfokus kepada literasi dengan melibatkan ibu bapa dan penjaga murid. Program ini disampaikan oleh Cikgu Hamdiah binti Hj Amat, Guru Kanan Akademik dari bahagian pentadbiran dan telah dirasmikan oleh Cikgu Hjh Rohani binti Haji Mantok selaku Guru Kanan Pentadbiran.

Ianya bertujuan untuk menyemai kemahiran membaca yang lebih efektif dan tinggi dan diterapkan di usia awal kanak-kanak, menambah suasana pembelajaran yang berbeza dan sekaligus membina hubungan baik antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa dan penjaga juga didedahkan teknik membaca menggunakan fonetik dan teknik kemahiran membaca yang berkesan melalui kongsisama dan taklimat yang akan dikendalikan oleh pihak sekolah nanti. Secara tidak langsung, dengan kongsisama ini membolehkan ibu bapa dan penjaga membantu anak-anak mereka di rumah untuk kemahiran membaca yang lebih baik dan mengetahui tahap dan kebolehan kemahiran membaca anak-anak mereka.

Categories: