Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

30 March 2011

Pemangku Penolong Pengarah berkenan menyampaikan penghargaan DisplayBoard Terbaik 2011

Yang Mulia, Cikgu Haji Zulkipli bin Haji Ladis
Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan sekolah-Sekolah
Kementerian Pendidikan

Yang Mulia, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar
Guru Besar Sekolah Rendah Tungku, Brunei III 

Tahniah diucapkan kepada guru-guru Tahun 1, Cikgu Mazalinah binti Haji Mohammad, Cikgu Nurnuranurie binti Jasni, Cikgu Yulia binti Abdullah dan Cikgu Tan Yean Shia yang telah menjuarai pertandingan displayboard terbaik bagi tahun 2011. Tempat kedua dimenangi oleh Cikgu Fauziah binti Haji Mohammad dan Cikgu Maliah Anak Manai bagi displayboard  matapelajaran Lukisan. Tahun 2 mendapat tempat ketiga yang diusahakan oleh Cikgu Hajah Aming binti Draman, Cikgu Muhd Azizul Nurasri bin Hj Nordin dan Cikgu Noraudah binti Ibrahim. Saguhati disampaikan kepada guru-guru Pra, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Majlis berlangsung di bilik persidangan sekolah ini pada 29 Mar 2011. Tetamu Kehormat, Yang Mulia Cikgu Haji Zulkipli bin Haji Ladis, Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Rendah di Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan berkesudian menyampaikan hadiah penghargaan kepada guru-guru yang terlibat. Turut menghadiri di majlis itu ialah Yang Mulia Cikgu Haji Zakaria bin Haji Duraman, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III, Yang Mulia Cikgu Haji Salim bin Haji Muntol, Penyelia Kanan Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei I dan III dan Yang Mulia Cikgu Rosli bin Haji Damit, Penyelia Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III.

Majlis juga dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Rendah Tungku, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar, Cikgu Saramah binti Mail, Penolong Guru Besar I dan Cikgu Hajah Samziah binti Haji Sabtu, Penolong Guru Besar II serta guru-guru Sekolah Rendah Tungku Brunei III.

Pertandingan displayboard  dihakimi oleh Yang Mulia Cikgu Haji Awang bin Abdul Ghani, Penyelia Daerah Brunei I dan Yang Mulia Cikgu Haji Mohd Azmi bin Haji Ridzuan, Pemangku Penyelia Daerah Brunei II.

Sebelum penyampaian hadiah disampaikan, terlebih dahulu Tetamu Kehormat beserta dengan jemputan-jemputan lain membuat lawatan untuk melihat lebih dekat displayboard yang dipertandingkan. Lawatan diiringi oleh Guru Besar dan Penolong Guru Besar I dan II. Lawatan juga diteruskan ke bilik perpustakaan, dewan sekolah serta blok bangunan baru sekolah.

Pertandingan displayboard  ini adalah salah satu projek perkembangan profesional bagi guru-guru Sekolah Rendah Tungku dengan tujuan menggalakkan guru-guru lebih berinisiatif, kreatif dan inovatif serta menghargai dengan mempamerkan segala hasil kerja murid-murid yang terpilih mengikut usaha masing-masing.

Cikgu Fauziah binti Haji Mohammad, menerima penghargaan tempat kedua bagi DisplayBoard matapelajaran Lukisan

Cikgu Yulia binti Abdullah, salah seorang guru Tahun 1 yang menjuarai pertandingan DisplayBoard terbaik tahun 2011.



Tempat Pertama - Tahun 1



Tempat Kedua - Subjek Lukisan


Tempat Ketiga - Tahun 2

28 March 2011

Lawatan ke Oil and Gas Discovery Centre, Seria


Lawatan sambil Belajar ke OGDC Seria telah diadakan semasa cuti persekolahan penggal pertama pada 25hb Mac 2011 yang lalu. Seramai 20 orang murid (rendah atas) mengikuti lawatan ini yang diketuai oleh Cikgu Mazalinah dan Cikgu Hjh Nurbadri. Bayaran sebanyak $5 dikenakan bagi setiap murid yang ikut serta. Tajuk bagi lawatan ini adalah Mass Science: Matter yang berkaitan dengan Solid, Liquid dan Gas.


 Laporan dan gambar oleh:
Cikgu Mazalinah binti Haji Mohammad

17 March 2011

Kem Perkhemahan Prefek-Prefek Brunei III

Rabu, 16 Mac 2011 di sebelah pagi telah berlangsung satu acara anjuran Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Guru-Guru Kaunseling Kawasan Brunei III, iaitu Kem Kepimpinan dan Motivasi Bagi Prefek-Prefek Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Rendah Beribi Telanai, Brunei III.

Acara telah dirasmikan oleh Pengerusi JAPSER kawasan Brunei III. Seramai enam orang prefek beserta guru-guru pembimbing dari sebelas buah sekolah rendah Brunei III ikut serta dalam acara tersebut. Pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah, majlis pada hari itu berjalan dengan lancar.


Laporan dan gambar oleh:
Cikgu Noor Mohd Shah bin Hj Matassim

14 March 2011

Perjumpaan dan Ceramah Motivasi Murid-Murid Tahun 6 bersama IbuBapa/Penjaga

Sesi Perjumpaan Guru-Guru Tahun 6 bersama IbuBapa telah berlangsung pada 4hb Mac 2011 bertempat di Dewan Sekolah. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tahun 6 dan mencari penyelesaiannya. Ianya juga untuk bertukar-tukar fikiran atau pendapat antara ibubapa/penjaga dan guru-guru cara pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.






Pada pagi itu juga, ceramah motivasi telah disampaikan oleh Cikgu Ali Yusri bin Haji Abd Ghafur, Pegawai Kaunseling dari Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Objektif mengadakan ceramah motivasi ialah untuk memberikan semangat kepada murid-murid tahun 6 untuk belajar dengan lebih rajin dan berfikiran lebih positif. Ceramah ini juga banya membantu ibubapa mengenalpasti teknik pembelajaran yang betul dirumah dan memantaunya.







Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts