Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

24 November 2011

Majlis Dzikir dan Doa Kesyukuran Jemaah Haji


Sekolah Rendah Tungku, tadi pagi mengadakan doa kesyukuran dan dzikir sempena menyambut kepulangan dua orang guru yang telah sempurna menunaikan ibadah haji. Cikgu Hajah Saramah binti Mail, Penolong Guru Besar I dan Cikgu Hajah Aming binti Haji Draman diraikan dengan dzikir Asyraqal yang diketuai oleh guru-guru ugama, Ustaz Haji Salleh bin Haji Nasir dan Ustaz Amiruddin bin Haji Md Said dan juga diselajurkan dengan taburan bunga rampai.

Majlis juga dierikan dengan dihadiri oleh Guru Besar dan Penolong Guru Besar II, Cikgu Hajah Norliha binti Haji Matali dan Cikgu Samziah binti Haji Sabtu serta guru-guru, kakitangan dan murid-murid yang hadir.

22 November 2011

Influx of Parents for PSR 2011

Sekolah Rendah Tungku, this morning is busy with the great influx of parents and guardians who are eager for their children's PSR exam results. The current Year 6 teachers are even more busier getting prepared for the slips and each pupil's personal file for parents to sign and get noted about.

Sekolah Rendah Tungku ranks number 7 out of 11 schools with 77.89% pass.

Orientasi Pra 2012


Bermula 21 November 2012 hingga 24 November 2012, Sekolah Rendah Tungku menerima murid-murid Pra baru bagi Tahun 2012. Orientasi dan suai kenal murid-murid baru berlangsung selama 4 hari dengan tujuan mengadaptasikan mereka kepada suasana sekolah dan membiasakan mereka dengan teman-teman baru serta membiasakan mereka tanpa diiringi ibu bapa dan penjaga sewaktu pembelajaran di dalam kelas.

Di hari pertama orientasi, murid-murid baru dibawa ke kelas masing-masing bersama ibu bapa dan penjaga mereka. Taklimat dan informasi mengenai Pra disampaikan oleh guru kelas Pra A - Cikgu Hajah Rohani binti Haji Mantok, Pra B - Cikgu Kartini binti Abdullah dan Pra C - Cikgu Hajah Serimah binti Haji Md Ali di dalam kelas masing-masing.

Taklimat Tahun 6 2012

Guru Besar, Cikgu Hajah Norliha binti Haji Matali dan Penolong Guru Besar I dan II, Cikgu Saramah binti Mail dan Cikgu Samziah binti Haji Sabtu serta guru-guru Tahun 6, kelmarin telah mengadakan sesi taklimat bersama ibu bapa dan penjaga mengenai perihal Tahun 6 2012 bagi anak-anak mereka Tahun 5 2011 yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun depan.

Taklimat dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haji Salleh bin Haji Nasir dan ucapan alu-aluan disampaikan oleh Guru Besar. Cikgu Hamdiah binti Haji Amat, Guru Kanan Akademik sekolah seterusnya menyampaikan taklimat Tahun 6 2012 kepada ibu bapa dan penjaga di dewan Sekolah Rendah Tungku pada pagi itu.

06 November 2011

Taklimat Pra Tahun 2012 dan Perasmian "Outreach Program"

Cikgu Hjh Rohani binti Hj Mantok menyampaikan taklimat Pra bagi tahun 2012.

Cikgu Hamdiah binti Amat, Guru Kanan Akademik menyampaikan taklimat
mengenai Outreach Program

Taklimat untuk ibu bapa dan penjaga mengenai kemasukan penuntut baru Pra bagi tahun 2012 telah sempurna diungkayahkan kelmarin, 5 November 2011, di dewan Sekolah Rendah Tungku. Taklimat disampaikan oleh tiga orang guru Pra iaitu Cikgu Hjh Rohani binti Haji Mantok, Cikgu Hjh Serimah binti Hj Md Ali dan Cikgu Kartini binti Abdullah.

Ibu bapa dan penjaga telah didedahkan mengenai hal-hal penting persekolahan bagi penuntut-penuntut Pra, antaranya tentang etika pakaian dan pengurusan penuntut yang dikategorikan sebagai "stateless".

Taklimat juga diselajurkan dengan perasmian "Outreach Program" yang memfokus kepada literasi dengan melibatkan ibu bapa dan penjaga murid. Program ini disampaikan oleh Cikgu Hamdiah binti Hj Amat, Guru Kanan Akademik dari bahagian pentadbiran dan telah dirasmikan oleh Cikgu Hjh Rohani binti Haji Mantok selaku Guru Kanan Pentadbiran.

Ianya bertujuan untuk menyemai kemahiran membaca yang lebih efektif dan tinggi dan diterapkan di usia awal kanak-kanak, menambah suasana pembelajaran yang berbeza dan sekaligus membina hubungan baik antara ibu bapa dan guru. Ibu bapa dan penjaga juga didedahkan teknik membaca menggunakan fonetik dan teknik kemahiran membaca yang berkesan melalui kongsisama dan taklimat yang akan dikendalikan oleh pihak sekolah nanti. Secara tidak langsung, dengan kongsisama ini membolehkan ibu bapa dan penjaga membantu anak-anak mereka di rumah untuk kemahiran membaca yang lebih baik dan mengetahui tahap dan kebolehan kemahiran membaca anak-anak mereka.

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts