OUTREACH PROGRAM - Pengajaran Fonetik dalam Bahasa Melayu

Posted by Unknown on Monday, January 30, 2012 with No comments
Salah satu program sekolah iaitu Outreach Program telah berlangsung pada hari Sabtu, 28hb Januari 2012 jam 2 petang. Tajuk penyampaian pada program tersebut adalah mengenai dengan taklimat Pengajaran Fonetik dalam Bahasa Melayu. Majlis tersebut dihadiri oleh IbuBapa / Penjaga murid Prasekolah tahun 2012. Turut hadir ialah Guru Besar SR Tungku, Cikgu Hjh Norliha binti Hj Matali, Pegawai-pegawai Pelajaran dan Guru-guru SR Tungku.

Taklimat disampaikan oleh guru-guru Prasekolah, Cikgu Hjh Rohani binti Hj Mantok, Cikgu Kartini binti Hj Abdullah, Cikgu Norhaidah binti Abd Rahman dan Cikgu Maimunah binti Hj Saat. Isi penyampaian taklimat adalah mengenai dengan pengenalan dan pengajaran fonetik dalam bahasa melayu bagi peringkat prasekolah. Ibubapa / penjaga murid juga mengikuti aktiviti yang telah diadakan.











Categories: