Majlis Perpisahan bagi 7 orang guru

Posted by S Tungku on Monday, May 28, 2012 with 1 comment
Satu Majlis Perpisahan bagi meraikan 6 orang guru yang berpindah tempat bertugas dan seorang mahasiswa UBD yang menamatkan Teaching Practice telah berlangsung pada 1hb Mei 2012 bertempat di Restoran Aneka Rasa, Kiulap.

Majlis didahulukan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Cikgu Sa'at bin Mokim dan diikuti dengan ucapan sepatah dua kata dari guru-guru yang diraikan iaitu:
Cikgu Hjh Saramah binti Mail (Guru Besar SR  HMJM Kiulap),
Cikgu Hamdiah binti Hj Amat (Penolong Guru Besar SR Dato Mohd Yaasin, Mentiri),
Cikgu Hjh Serimah binti Hj Md Ali (bertugas di SR Kg Mata-Mata),
Cikgu Noor Mohd Sah bin Hj Matassan (bertugas di SR Hj Md Tarif),
Ms Tan Yean Shia(bertugas di SR Mabohai),
Mrs Heather Dallas (bertugas di SM Berakas)
dan Cikgu Noorazrina binti Awg Damit(guru TP).

Seterusnya ucapan daripada Guru Besar SR Tungku, Cikgu Hjh Norliha binti Hj Matali. Selepas itu majlis penyampaian hadiah cenderhati disampaikan oleh Guru Besar kepada Guru-Guru yang diraikan. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Hj Salleh bin Hj Nasir.






Guru Besar, Cikgu Hjh Norliha binti Hj Matali

Mantan Penolong Guru Besar I, Cikgu Hjh Saramah binti Mail

Cikgu Noor Mohd Sah binti Hj Matassan

Cikgu Hjh Serimah binti Hj Md Ali


Cikgu Noorazrina binti Awg Damit

Ms Tan Yean Shia

Mrs Heather Dallas

Cikgu Hamdiah binti Hj Amat



 



Reactions:
Categories: