Tungku Primary School, Brunei III

Ministry of Education, Brunei Darussalam: Announcement

Countdown to PSR

30 January 2012

OUTREACH PROGRAM - Pengajaran Fonetik dalam Bahasa Melayu

Salah satu program sekolah iaitu Outreach Program telah berlangsung pada hari Sabtu, 28hb Januari 2012 jam 2 petang. Tajuk penyampaian pada program tersebut adalah mengenai dengan taklimat Pengajaran Fonetik dalam Bahasa Melayu. Majlis tersebut dihadiri oleh IbuBapa / Penjaga murid Prasekolah tahun 2012. Turut hadir ialah Guru Besar SR Tungku, Cikgu Hjh Norliha binti Hj Matali, Pegawai-pegawai Pelajaran dan Guru-guru SR Tungku.

Taklimat disampaikan oleh guru-guru Prasekolah, Cikgu Hjh Rohani binti Hj Mantok, Cikgu Kartini binti Hj Abdullah, Cikgu Norhaidah binti Abd Rahman dan Cikgu Maimunah binti Hj Saat. Isi penyampaian taklimat adalah mengenai dengan pengenalan dan pengajaran fonetik dalam bahasa melayu bagi peringkat prasekolah. Ibubapa / penjaga murid juga mengikuti aktiviti yang telah diadakan.











14 January 2012

13 January 2012

Perkembangan Profesional Guru-Guru :: Lawatan ke Pesta Buku ::

It was part of the Staff Development for SR Tungku teachers, went to UBD for Book Fair and Exhibition in the afternoon of 10th January 2012. Lots of booths were selling various types of items ranging from primary books to higher ones, classroom decorations to furnitures and technology devices.

Resources for teaching and classroom decorations were the most focused by the teachers that day.

03 January 2012

Hari Pertama Sesi Persekolahan Bagi Tahun 2012


Bermula 3 Januari 2012, semua sekolah-sekolah kerajaan Kementerian Pendidikan dan juga sekolah-sekolah swasta telah mula membuka lembaran baru persekolahan di tahun 2012. Sekolah Rendah Tungku tadi pagi juga menyambut kedatangan penuntut-penuntut di dewan sekolah bagi acara perbarisan pagi.

Perbarisan pagi dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan doa belajar serta diselajurkan dengan kata-kata aluan dari Penolong Guru Besar I, Cikgu Samziah binti Haji Sabtu. Sekolah Rendah Tungku juga menerima beberapa orang guru baru yang diamanahkan bertugas di sekolah ini. Semoga tahun 2012 akan mendatangkan keberkatan dan kecemerlangan dalam pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid.


Pada tahun ini murid-murid PraSekolah memulakan sesi persekolahan pada 7hb Januari 2012.

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts