Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

19 January 2011

Majlis Perpisahan bagi 3 Orang Guru

  



Tiga orang guru telah diraikan sempena majlis perpisahan khas untuk mereka demi mengenang jasa dan penghargaan yang telah dihulurkan kepada sekolah ini. majlis berlangsung pada jam 2 petang di Restoran Selera Alam di Kompleks Delima Kampong Serusop.

Guru-guru yang diraikan, Cikgu Yusnani binti Zulkefli,; bekas guru SENA sekolah ini yang telah berpindah tempat bertugas di salah satu sekolah di daerah Tutong. Cikgu Roseadah; bekas guru matapelajaran Science Tahun 6 yang berpeluang melanjutkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Master dan mantan Penolong Guru Besar II Cikgu Fizawati binti Haji Khanafiah yang telah berpindah tempat bertugas ke pejabat pendidikan bahagian ICT.

Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Shamsiah binti Haji Burut dan dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Haji Salleh bagi memberkati majlis perpisahan itu. Guru Besar, Cikgu Suhaili bin Haji Jaa'far, memulakan ucapan alu-aluan dan penghargaan kepada guru-guru yang diraikan dan guru-guru yang hadir pada masa itu. Majlis diselajurkan dengan ucapan sepatah dua kata dari tiga orang guru yang diraikan.

Bagi memperingati jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama bertugas di Sekolah Rendah Tungku, cenderahati sebagai penghargaan telah disampaikan oleh Guru Besar kepada guru-guru yang diraikan. Bagi menutup majlis, Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar dan semua guru-guru dipersilakan dengan menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak restoran.

 

18 January 2011

FIT Program for Mathematics

Salah satu aktiviti pagi iaitu FIT Program for Mathematics yang diadakan di Dewan Sekolah. Ianya melibatkan semua murid mengikut peringkat darjah. Program ini bermula dari jam 7.10 pagi hingga 7.30 pagi setiap hari Isnin bagi Rendah Atas dan setiap Selasa bagi Rendah Bawah.

Antara objektif FIT Program ini ialah untuk memberi latihan yang kerap dan berterusan bagi semua pelajar, menguatkan lagi ingatan dan kefahaman pelajar tentang isi pelajaran yang diajarkan dan menyediakan suasana pembelajaran yang berbeza selain di dalam bilik darjah.






Hari Pertama Masuk Sekolah...

Pada 3hb Januari 2011, bermulanya penggal pertama persekolahan bagi tahun 2011. Tahun ini seramai lebih kurang 80 orang murid Prasekolah telah memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Tungku.








Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts