Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

30 May 2017

Bulan Matapelajaran Ugama

Bahagian Subjek Ugama sekolah ini telah mengungkayahkan aktiviti keugamaan bagi penuntut-penuntut di sekolah ini pada hujung bulan Mei lepas. Aktiviti merangkumi aktiviti menulis dan permainan fisikal yang melibatkan murid-murid Rendah Atas.

Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, Cikgu Dzulbaharin, kepada murid-murid yang berjaya.

Image may contain: one or more people

Image may contain: 1 person, sitting, table and outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, table and shoes

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor

Lebih banyak gambar boleh dilihat di Facebook.

29 May 2017

Majlis Pembukaan Tadarus Al-Quran Sempena Bulan Ramadhan 2017

Aktiviti keugamaan melalui Bahagian Subjek Ugama telah mengadakan majlis pembukaan tadarus Al-Quran sempena kedatangan bulan Ramadhan pada tahun ini yang mana telah berlangsung di dewan sekolah pada 29 Mei 2017.

Majlis diketuai oleh Ustaz Amiruddin dan pembacaan Al-Quran diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Dzulbaharin serta diikuti oleh guru-guru lain dan murid-murid.

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 3 people, people on stage

Image may contain: 4 people, people sitting

Lebih banyak gambar boleh dilihat di Facebook sekolah.

24 May 2017

Majlis Pelancaran Program Membaca

Sabtu, 20hb Mei 2017 telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Membaca yang telah dirasmikan oleh Penolong Guru Besar II, Cikgu Amashuraini binti Hj Abd Majid. Murid-murid membaca buku secara senyap dalam masa 15 - 20 minit. 

Tujuan program membaca ini adalah seperti berikut:

  1. untuk menanam sikap minat membaca dikalangan murid
  2. meningkatkan kemahiran membaca
  3. menggalakan sikap suka membeli buku dan membuat koleksi buku sendiri




























20 May 2017

Sambutan Israk Mikraj 1438H / 2017M

Bagi menyemarakkan sambutan Israk dan Mikraj pada tahun ini, SR Tungku telah mengadakan majlis sambutan Israk Mikraj berlangsung pada 27 April 2017.
Hadir pada majlis tersebut ialah Guru Besar, Cikgu Dzulbaharin bin Hj Sulaiman, Penolong Guru Besar I, Cikgu Amashuraini binti Hj Abd Majid dan Penolong Guru Besar II, Cikgu Hasdinah Farahanom binti Hj Hassan.
Tetamu kehormat pada majlis sambutan Israk Mikraj tersebut ialah Tuan Haji Ismail bin Haji Rejab, Ketua Kampong Tungku. Ceramah Khas telah disampaikan oleh Ustazah Siti Noraziah binti Haji Asli.

























Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts