Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

21 December 2011

Majlis Penyampaian Hadiah Murid Terbaik dan Cemerlang Tahun 2011

Majlis penyampaian hadiah murid terbaik dan cemerlang bagi tahun 2011 telah berlangsung pada 30hb November bertempat di Dewan SR Tungku. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Cikgu Hj Zakaria bin Hj Duraman, PPKD Brunei III. Juga hadir ialah pegawai-pegawai dari JSS, IbuBapa dan Penjaga Murid.













Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar, Cikgu Hjh Norliha



Tetamu Kehormat sedang menyampaikan hadiah kepada murid terbaik dan cemerlang disetiap level



Abdul Hadi Syuaib bin Hj Suhaili, pelajar cemerlang PSR tahun 2011 berjaya mendapat gred 5A. Tahniah diucapkan..

Murid-Murid lulus PSR menerima sijil lulus dan tamat persekolahan daripada Tetamu Kehormat







Mohd Rosyiq menerima hadiah khas sempena dengan kemenangan tempat pertama dalam pertandingan essay writing competition anjuran AiTi Brunei

Pada hari tersebut juga, 3 orang guru telah terpilih menjadi Guru Contoh 2011. Mereka ialah Cikgu Hjh Rohani binti Hj Mantok (cemerlang dalam pengajaran Prasekolah), Cikgu Norlela binti Hj Mamit (cemerlang dalam aktiviti kokurikulum) dan Cikgu Mohd Zul Ariffin bin Hj Ibrahim (cemerlang dalam ICT).




Hadiah galakkan daripada guru-guru, ibubapa dan penjaga murid juga berlangsung dan disampaikan oleh Penolong Guru Besar I, Cikgu Hjh Saramah binti Mail.













13 December 2011

Sukan Ria Guru-Guru

Sukan Ria Guru-Guru telah berlangsung pada 26hb November 2011 bertempat di Dewan SR Tungku. Guru-guru dibahagikan kepada 4 kumpulan, Santul, Meritus, Pulasan dan Belunu. Bermacam-macam aktiviti permainan diadakan bagi memeriahkan lagi sukan ria tersebut.































Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts