Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Posted by Unknown on Saturday, February 11, 2012 with 1 comment

"Ukhuwah dan Muafakat Negara Berkat" ialah tema bagi majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bagi tahun 1433 Hijrah. Sempena sambutan Maulud ini, Sekolah Rendah Tungku telah mengadakan majlis perarakan bagi peringkat sekolah bertempat di kawasan Sekolah Rendah Tungku yang diadakan pada hari Khamis, 9 Febuari 2012. Majlis diungkayahkan oleh guru-guru Ugama sekolah diketuai oleh Ustaz Haji Salleh bin Haji Nasir.

Perarakan diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Hajah Norliha binti Haji Matali dan Penolong-Penolong Guru Besar I dan II, Ciku Samziah binti Haji Sabtu dan Cikgu Md Hashanalhakhim bin Hj Abd Halim sambil diiringi oleh guru-guru Ugama dan murid-murid sekolah serta guru-guru lainnya. Perjalanan perarakan berlangsung di sekitar kawasan perumahan Perpindahan Katok A sejauh lebih kurang 1 kilometer bermula di kawasn letak kereta sekolah dan berakhir di tempat yang sama.

Majlis diteruskan dengan acara di dalam dewan dengan persembahan nasyid dari gabungan murid-murid Tahun 5 dan 6 serta pertandingan kuiz Maulud dari murid-murid Tahun 6. Majlis juga diserikan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan tulisan Khat Jawi yang dimenangi oleh Cikgu Mohd Sa'at bin Haji Mokim, Cikgu Md Hashanalhakhim bin Hj Abd Halim dan Cikgu Hajah Fayirose binti Haji Bongsu. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar.

Penolong Guru Besar I dan II masing-masing menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz Maulud murid-murid Tahun 6 dan peraduan kuiz murid-murid Tahun 1 hingga 5 yang mana soalan-soalan kuiz bagi Tahun 1 hingga 5 sudah diedarkan sebelum hari acara sambutan.

























Categories: