Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

27 April 2010

Pendedahan Adobe Photoshop

Cikgu Hajah Shamsiah menerangkan cara penggunaan Adobe Photoshop Berlangsung pada 27 April 2010 jam 2.00 petang, pendedahan penggunaan Adobe Photoshop telah dilaksanakan oleh Cikgu Hajah Shamsiah binti Haji Burut kepada semua guru-guru Sekolah Rendah Tungku yang menghadiri bengkel tersebut. Apa yang ditunjukkan adalah cara-cara menyunting gambar-gambar biasa kepada gambar-gambar hasil suntingan yang elegan. Demonstrasi suntingan seterusnya dilatihkan...

25 April 2010

Demonstrasi Kebersihan & Keselamatan Tandas Sekolah

Ahad, 25 April 2010. Syarikat Comms Harris telah mengadakan demonstrasi kebersihan dan keselamatan tandas di dalam kawasan sekolah untuk guru-guru dan kakitangan serta pembersih-pembersih Sekolah Rendah Tungku kelmarin, hari Sabtu, 24 April 2010, jam 2.00 petang. Demonstrasi telah disampaikan oleh Siti Rasimah binti Awang Haji Taha, Head of Business Development dari Syarikat Comms Harris sendiri. Demonstrasi yang ditunjukkan ialah cara penggunaan...

10 April 2010

Promosi Printer Untuk Guru-Guru Di Brunei Darussalam

Assalamualaikum, Merujuk kepada perkara di atas, di sini saya lampirkan salinan flyer Promosi Printer Canon Pixma MP198 (3 in 1 - print, scan & copy) + Maxprint Ink Tank dengan harga promosi $160 (hanya 200 unit printer diperuntukkan untuk guru-guru di seluruh Brunei Darussalam dan sementara stok masih ada) dan senarai promosi peralatan-peralatan komputer yang lain untuk makluman guru-guru di Sekolah Rendah Tungku. Diharap dapat diemailkan kepada...

Perjumpaan Ibu Bapa dan Penjaga Tahun 6 & Ceramah Motivasi

10 April 2010. Sabtu.     Majlis perjumpaan guru-guru Tahun 6 dan ibu bapa serta penjaga murid-murid Tahun 6 telah berlangsung kelmarin di dewan Sekolah Rendah Tungku seawal 7.00 pagi. Majlis dimulakan dengan perjumpaan dan perbincangan secara empat mata antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga mengenai prestasi pembelajaran Tahun 6 anak-anak mereka sehingga ketahap bulan April ini.       Pengerusi...

04 April 2010

SR Tungku 2 - 3 SR Pulaie

4 April 2010, Ahad Bertempat di padang bola Sekolah Rendah Pulaie, perlawanan persahabatan bola sepak murid-murid Sekolah Rendah Tungku dan Sekolah Rendah Pulaie telah berlangsung pada hari Ahad, 4 April 2010 bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi dengan berkesudahan SR Tungku tewas 2 berbalas 3 kepada SR Pulaie. Muhammad Afiq Abdullah telah menjaringkan gol pertama di masa pertama perlawanan berlangsung. Gol kedua di jaringkan oleh Muhammad Fauzi...

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts