Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

25 April 2010

Demonstrasi Kebersihan & Keselamatan Tandas Sekolah

Ahad, 25 April 2010.

Syarikat Comms Harris telah mengadakan demonstrasi kebersihan dan keselamatan tandas di dalam kawasan sekolah untuk guru-guru dan kakitangan serta pembersih-pembersih Sekolah Rendah Tungku kelmarin, hari Sabtu, 24 April 2010, jam 2.00 petang. Demonstrasi telah disampaikan oleh Siti Rasimah binti Awang Haji Taha, Head of Business Development dari Syarikat Comms Harris sendiri.

Demonstrasi yang ditunjukkan ialah cara penggunaan dan cara pembersihan tandas yang betul, penggunaan alatan-alatan pembersih yang sesuai dan alatan keselamatan seperti sarung tangan yang seharusnya dipakai ketika melakukan pembersihan. Selain tandas, cara membersihkan longkang juga ada ditunjukkan dengan menggunakan bahan dan alatan pembersih yang khas.

Demonstrasi selanjutnya dilakukan di tandas guru dan tandas murid. Pembersihan secara menyeluruh dilakukan sambil disaksikan oleh guru-guru dan kakitangan dan seterusnya hasil dari pembersihan yang telah dilakukan. Demonstrasi berakhir kira-kira jam 4 petang.

     
     
 
 

10 April 2010

Promosi Printer Untuk Guru-Guru Di Brunei Darussalam

Assalamualaikum,

Merujuk kepada perkara di atas, di sini saya lampirkan salinan flyer Promosi Printer Canon Pixma MP198 (3 in 1 - print, scan & copy) + Maxprint Ink Tank dengan harga promosi $160 (hanya 200 unit printer diperuntukkan untuk guru-guru di seluruh Brunei Darussalam dan sementara stok masih ada) dan senarai promosi peralatan-peralatan komputer yang lain untuk makluman guru-guru di Sekolah Rendah Tungku. Diharap dapat diemailkan kepada guru-guru yang berminat.

Kepada guru-guru yang berminat bolehlah menghubungi saya, Musa Menhat di talian 8988777 dan penghantaran printer ke sekolah adalah percuma.

Sekiranya guru-guru berminat terhadap peralatan-peralatan komputer yang lain selain daripada yang tersenarai seperti laptop dll, emailkan kepada saya jenis peralatan-peralatan komputer yang dimaksudkan di mmenhat_paradise@yahoo.com.


Sekian, terima kasih.

Salam,

Musa Menhat

The BlogAdmin received this email three days ago. The advert is purposely for teachers in SR Tungku and to all teachers in Brunei Darussalam. The retailer did came to our school this morning. The price lists for other items have already been downloaded and will be distributed soon.

Perjumpaan Ibu Bapa dan Penjaga Tahun 6 & Ceramah Motivasi

10 April 2010. Sabtu.


 
 

Majlis perjumpaan guru-guru Tahun 6 dan ibu bapa serta penjaga murid-murid Tahun 6 telah berlangsung kelmarin di dewan Sekolah Rendah Tungku seawal 7.00 pagi. Majlis dimulakan dengan perjumpaan dan perbincangan secara empat mata antara guru-guru dan ibu bapa serta penjaga mengenai prestasi pembelajaran Tahun 6 anak-anak mereka sehingga ketahap bulan April ini.


  
  

Pengerusi di majlis itu ialah Cikgu Hajah Aineh binti Haji Saban. Antara tetamu yang hadir ialah Guru Besar SR Tungku, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar, selaku ahli jawatankuasa Penasihat, Cikgu Saramah binti Mail - Penolong Guru Besar I, Cikgu Fizawati binti Haji Khanafiah - Penolong Guru Besar II, para ibu bapa dan penjaga, guru-guru SR Tungku dan murid-murid Tahun 6.

Ceramah motivasi telah diberikan oleh jemputan khas iaitu Cikgu Ali Yusri bin Abd Ghafur, seorang pegawai kaunseling dari Bahagian Kaunseling dan Bimbingan Bakat Kerja, Kementerian Pendidikan. Antara motivasi yang disentuh ialah tanggungjawab ibu dan bapa terhadap anak dan tanggungjawab anak terhadap orang tuanya.

Majlis disudahi dengan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Haji Salleh bin Haji Nassir dan diikuti dengan jamuan.

    

04 April 2010

SR Tungku 2 - 3 SR Pulaie

4 April 2010, Ahad

Bertempat di padang bola Sekolah Rendah Pulaie, perlawanan persahabatan bola sepak murid-murid Sekolah Rendah Tungku dan Sekolah Rendah Pulaie telah berlangsung pada hari Ahad, 4 April 2010 bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi dengan berkesudahan SR Tungku tewas 2 berbalas 3 kepada SR Pulaie.

Muhammad Afiq Abdullah telah menjaringkan gol pertama di masa pertama perlawanan berlangsung. Gol kedua di jaringkan oleh Muhammad Fauzi Jaidin di masa kedua perlawanan. Gol ketiga dijaringkan oleh Muhammad Fauzi tetapi tidak dikira masuk gawang lawan kerana kesalahan offside.

 

Turut hadir menyaksikan perlawanan itu ialah para ibu bapa murid-murid dari SR Tungku yang menyokong dan memberi motivasi kepada anak-anak mereka dalam perlawanan bola sepak.

03 April 2010

Staff Development

WORKSHOP ON READ, WRITE INC

Date: 31st March 2010
Conducted by: Cikgu Kathy Marlina, Ms Tan Yean Shia and Cikgu Noraudah

Objectives:
1. To give knowledge on the programme
To share ideas and apply on other subjects / topics


Teacher also do the activities on how to read and write inc.
 

Staff Development

WORKSHOP NAPIER'S BONES

Date: 16th March 2010
Conducted by: Cikgu Hjh Nurbadri and Cikgu Siti Khadijah

The objectives of the workshop is to share and expose the alternative ways of doing multiplication.


Cikgu Hjh Nurbadri and Cikgu Siti Khadijah discussing *something**






Headmaster trying to solve the multiplication using Napier's Bones

01 April 2010

Staff Development


WORKSHOP WITH SPECIAL EDUCATION UNIT OFFICER ON SIGN LANGUAGE AND TEACHING STRATEGIES
Date: 2nd March 2010
Organised by: Cikgu Yusnani binti Zolkefli
(SENA teacher)
penceramah jemputan : Cikgu Hjh Mariam
(Special Education Unit Officer)

Objectives:
1. To give Knowledge on Sign Language with Practical Activities
2. To deal student with Hearing Impairment in Teaching and Learning.


Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts