Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

01 June 2010

Promosi Kesihatan Riadah di Bukit Shahbandar

Aktiviti riadah telah diadakan di Bukit Shahbandar, pada petang Sabtu, 29 Mei 2010. Promosi kesihatan ini melibatkan guru-guru dan kakitangan sekolah dengan mengisikan masa terluang beriadah dan mendaki bukit di Shahbandar.



 

 

 

 

 

 

 

 

Guru-guru dan Kakitangan Sekolah bergambar ramai 
setelah selesai pendakian Bukit Shahbandar

09 May 2010

Promosi Kesihatan Riadah ke Tasek Lama

Bergambar ramai di Menara Tasek Lama

Promosi Kesihatan, salah satu program yang diungkayahkan di sekolah dengan tujuan hidup sihat telah diadakan di Tasek Lama, Bandar Seri Begawan pada petang Sabtu, 8 Mei 2010. Promosi kesihatan ini melibatkan guru-guru dan kakitangan sekolah dengan mengisikan masa terluang beriadah dan mendaki bukit di Tasek Lama.

Guru Besar, Cikgu Suhaili bin Haji Jaafar dan Penolong Guru Besar I, Cikgu Saramah binti Mail mengetuai kumpulan dengan mendaki bukit hingga ke menara. Pengerusi bagi Promosi Kesihatan ini ialah Cikgu Amashuraini binti Haji Abd Majid. Aktiviti berakhir kira-kira jam 3.30 petang.

 
 
 
 
 
 

 

02 May 2010

Aplikasi Fonetik Bersama Ibu Bapa dan Penjaga

Fonetik adalah salah satu kaedah membaca yang paling sesuai bagi kanak-kanak yang baru belajar membaca terutamanya murid-murid prasekolah. Melalui kaedah ini, murid-murid mengenal bunyi huruf dan dari kesinambungannya dapat membantu murid untuk membaca dengan membunyikan perkataan dan membaca dengan lancar.

Sekolah Rendah Tungku telah membuat inisiatif dengan mendedahkan pembacaan menggunakan kaedah fonetik kepada ibu bapa dan penjaga yang telah berlangsung pada hari Jumaat, 30 April 2010 lepas. Ianya bertujuan untuk mendedahkan kepada ibu bapa serta penjaga murid untuk sama-sama membantu pengajaran dan pembelajaran membaca untuk prasekolah di rumah. Melalui pendedahan ini, ibu bapa dan penjaga juga mampu mengajar, mendorong dan mengaplikasikan kaedah fonetik untuk anak-anak prasekolah mereka membaca di rumah dan bukan hanya di sekolah semata-mata.

Cikgu Hajah Rohani binti Haji Mantok      Cikgu Kathy Marlina binti Haji Majid

Pengajaran kaedah fonetik telah disampaikan oleh Cikgu Hajah Rohani binti Haji Mantok, Guru Pra bagi kaedah fonetik dalam Bahasa Melayu dan Cikgu Kathy Marlina binti Haji Majid, Guru Tahun 2 bagi kaedah fonetik dalam Bahasa Inggeris.

Ibu bapa dan penjaga juga turut dilibatkan dalam sesi praktikal pengajaran kaedah ini. Hasil dari tunjuk cara dan penyampaian yang dibuat, ibu bapa dan penjaga mampu dan berupaya belajar kaedah fonetik dengan baik.

 

Turut hadir di sesi pengajaran ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan bahagian Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dengan diiringi oleh Guru Besar SR Tungku, Cikgu Haji Suhaili bin Haji Jaafar dan Penolong-Penolong Guru Besar, Cikgu Saramah binti Mail dan Cikgu Fizawati binti Haji Khanafiah.

  

27 April 2010

Pendedahan Adobe Photoshop

Cikgu Hajah Shamsiah menerangkan cara penggunaan Adobe Photoshop

Berlangsung pada 27 April 2010 jam 2.00 petang, pendedahan penggunaan Adobe Photoshop telah dilaksanakan oleh Cikgu Hajah Shamsiah binti Haji Burut kepada semua guru-guru Sekolah Rendah Tungku yang menghadiri bengkel tersebut.

Apa yang ditunjukkan adalah cara-cara menyunting gambar-gambar biasa kepada gambar-gambar hasil suntingan yang elegan. Demonstrasi suntingan seterusnya dilatihkan kepada guru-guru yang hadir sambil disaksikan oleh Guru Besar, Cikgu Suhaili bin Haji Jaafar yang mana juga turut mempraktikkan penggunaan Adobe Photoshop.

 
 
 
 
 

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts