Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

14 May 2012

Scout Camp

In conjuction with the 1st school holiday recently, SR Tungku Scout members has joined the Scout Camp at the Scout Building, Kg Mata-Mata. The objective of the camp is for preparation for cuboree. The teacher in-charge is Cikgu Mohd Khairul Anuar bin Abdullah / P.P Hj Salleh.













National Day Rapid Chess Competition

Recently, SR Tungku has participated in the National Day Rapid Chess Competition held at Airport Mall, Berakas.




Mohd Rosyiq Danial has won the 5th place and received the prize from Tuan Hj Zainal Abidin Ali, President of Brunei Chess Federation.



1st BCF Primary School Chess Competition

8 pupils represented SR Tungku to participate in the 1st BCF Primary School Chess Competition held at Brunei Chess Federation Chess Centre, Berakas.






17 March 2012

Majlis Meraikan Saudara Baru: Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman

Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman, saudara baru yang diraikan

Dari kiri: Penolong Guru Besar I, Guru Kelas Tahun 1 murid yang diraikan,
Penolong Guru Besar II dan Ketua Guru Ugama.

Alhamdulillah kepada Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman dari Tahun 1 di sekolah ini yang telah memeluk agama Islam sebagai agama pilihan bersama keluarga beliau pada 7 Mac 2012 di Surau Polis (HQ) Gadong. Sebelumnya nama beliau ialah Irfan Natius Anak Umpang.

Pihak sekolah telah mengadakan satu majlis bagi meraikan pengislaman beliau di dewan sekolah pada 15 Mac 2012 sejurus selepas aktiviti keugamaan yang lazimnya diadakan pada setiap hari Khamis. Dikir Marhaban dilaungkan bersama penuntut-penuntut dan juga guru-guru yang diketuai oleh Ketua Guru Ugama iaitu Ustaz Hj Salleh bin Hj Nassir dan guru-guru lelaki.

Taburan bunga rampai diselajurkan bagi memeriahkan majlis itu yang diketuai oleh Penolong Guru Besar II, Cikgu Mohd Hashnalhakhim bin Hj Abd Halim dan diikuti oleh guru-guru lelaki lainnya. Kemudian diteruskan oleh guru-guru perempuan diketuai oleh Penolong Guru Besar I, Cikgu Samziah binti Haji Sabtu. Bagi mewakili pihak murid, taburan bunga rampai diketuai oleh Ketua Prefek, Muhd Aqil Azka bin Samree dan diikuti oleh prefek-prefek lainnya.

Sebagai penghargaan dan kenangan dari pihak sekolah, Penolong Guru Besar I telah menyampaikan cenderahati kenangan kepada Md Irfan Safirullah dan disusuli oleh Penolong Guru Besar II dengan menyampaikan cenderahati berupa Ayat.

Dikir Marhaban diketuai oleh Ketua Guru Ugama dan guru-guru lelaki.

Menabur bunga rampai dari guru-guru lelaki dan perempuan.

Menabur bunga rampai diketuai ole Ketua Prefek


Kenangan dan Cenderahati dari pihak sekolah oleh Penolong Guru Besar I,
Cikgu Samziah binti Haji Murni

Kenangan dan Cenderahati dari pihak sekolah oleh Penolong Guru Besar II,
Cikgu Hashnalhakhim bin Hj Abd Halim.

Bergambar bersama Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman, Ustaz Hj Salleh bin Hj Nassir (gambar kanan) dan PGBI Cikgu Samziah binti Hj Sabtu (gambar kiri)

Lebih banyak gambar di Facebook kami

15 March 2012

Bengkel Bahasa Isyarat

Bengkel Bahasa Isyarat telah berlangsung di Bilik Persidangan SR Tungku. Penyampai pada petang itu ialah Hjh Mariani binti Abdullah, Pegawai dari Unit Pendidikan Khas. Guru-guru telah didedahkan dengan penggunaan bahasa isyarat yang mana diSekolah Rendah Tungku terdapat kira-kira 6 orang murid yang berkeperluan khas.









Lawatan ke Pesta Buku

Selasa, 28hb Februari 2012, seramai 90 orang murid termasuk 6 orang guru pengawas murid-murid Tahun 4 telah berpeluang untuk membuat lawatan ke Pesta Buku di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas. Bermacam-macam jenis buku, risalah dan majalah telah dipamerkan dan dijual di pesta buku tersebut.









Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts