Majlis Meraikan Saudara Baru: Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman

Posted by S Tungku on Saturday, March 17, 2012 with 1 comment
Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman, saudara baru yang diraikan

Dari kiri: Penolong Guru Besar I, Guru Kelas Tahun 1 murid yang diraikan,
Penolong Guru Besar II dan Ketua Guru Ugama.

Alhamdulillah kepada Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman dari Tahun 1 di sekolah ini yang telah memeluk agama Islam sebagai agama pilihan bersama keluarga beliau pada 7 Mac 2012 di Surau Polis (HQ) Gadong. Sebelumnya nama beliau ialah Irfan Natius Anak Umpang.

Pihak sekolah telah mengadakan satu majlis bagi meraikan pengislaman beliau di dewan sekolah pada 15 Mac 2012 sejurus selepas aktiviti keugamaan yang lazimnya diadakan pada setiap hari Khamis. Dikir Marhaban dilaungkan bersama penuntut-penuntut dan juga guru-guru yang diketuai oleh Ketua Guru Ugama iaitu Ustaz Hj Salleh bin Hj Nassir dan guru-guru lelaki.

Taburan bunga rampai diselajurkan bagi memeriahkan majlis itu yang diketuai oleh Penolong Guru Besar II, Cikgu Mohd Hashnalhakhim bin Hj Abd Halim dan diikuti oleh guru-guru lelaki lainnya. Kemudian diteruskan oleh guru-guru perempuan diketuai oleh Penolong Guru Besar I, Cikgu Samziah binti Haji Sabtu. Bagi mewakili pihak murid, taburan bunga rampai diketuai oleh Ketua Prefek, Muhd Aqil Azka bin Samree dan diikuti oleh prefek-prefek lainnya.

Sebagai penghargaan dan kenangan dari pihak sekolah, Penolong Guru Besar I telah menyampaikan cenderahati kenangan kepada Md Irfan Safirullah dan disusuli oleh Penolong Guru Besar II dengan menyampaikan cenderahati berupa Ayat.

Dikir Marhaban diketuai oleh Ketua Guru Ugama dan guru-guru lelaki.

Menabur bunga rampai dari guru-guru lelaki dan perempuan.

Menabur bunga rampai diketuai ole Ketua Prefek


Kenangan dan Cenderahati dari pihak sekolah oleh Penolong Guru Besar I,
Cikgu Samziah binti Haji Murni

Kenangan dan Cenderahati dari pihak sekolah oleh Penolong Guru Besar II,
Cikgu Hashnalhakhim bin Hj Abd Halim.

Bergambar bersama Md Irfan Safirullah bin Abd Rahman, Ustaz Hj Salleh bin Hj Nassir (gambar kanan) dan PGBI Cikgu Samziah binti Hj Sabtu (gambar kiri)

Lebih banyak gambar di Facebook kami
Reactions:
Categories: ,