Penyerahan Bendera Kecil

Posted by Unknown on Thursday, March 08, 2012 with No comments
Lebih 300 helai bendera kecil Negara Brunei Darussalam dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diagihkan kepada murid-murid Sekolah Rendah Tungku.

Majlis Pelancaran Pengagihan Bendera Kecil (Meja) bagi murid-murid sekolah itu disempurnakan oleh Guru Besar, Cikgu Hjh Norliha binti Hj Matali. Turut sama mengagihkan bendera kecil sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-28, Penolong Guru Besar I sekolah tersebut, Cikgu Hjh Samziah binti Hj Sabtu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dan seterusnya penyerahan bendera kecil kepada guru-guru, kakitangan sekolah dan wakil murid setiap darjah.










Bendera kecil tersebut telah diletakkan di atas meja murid-murid di setiap kelas.




Categories: