SR Tungku receives a friend from Kuching, Sarawak

Posted by Unknown on Wednesday, December 02, 2009 with No comments
Rabu, 2 Disember 2009

"As'kum penulis blog Sekolah Rendah Tungku, Terdahulu Salam Ziarah dan Salam Aidil-Adha. Cantik dan sungguh bermaklumat Blog Sekolah cikgu. Terasa ingin menjalinkan tali silatulrahim dan bertukar-tukar buah fikiran tentang pendidikan. Seandainya sudi, silalah ke teratak Blog Malar Hijau. Blog ini adalah blog sekolah rendah di dalam Bahagian Kuching iaitu Blog Sekolah Kebangsaan Green Road. Jemputlah ke laman blog sekolah saya, http://malarhijau09.blogspot.com/.

Semoga perkenalan kita memberi manfaat kedua-dua sekolah antara dua buah negara yang berjiran.

Wassalam,

Penglipur Lara
Penulis Blog Malar Hijau"


Sekolah Rendah Tungku dengan berbesar hati menghargai pelawaan dari Sekolah Kebangsaan Green Road. Terima kasih kerana telah melawat blog Sekolah Rendah Tungku. Kami warga sekolah memang berkeinginan untuk mempunyai pautan dan teman-teman dari dalam dan luar negara. Nanti dapat bertukar idea dan pendekatan pengajaran dalam pendidikan kedua buah negara. Sekali lagi, ribuan terima kasih. Kami mempelawa blog-blog luar negara atau teman-teman blog Malar Hijau untuk link pautan kepada kami.

Wassalam.
Categories: