Maulidur Rasul

Posted by Unknown on Friday, February 18, 2011 with 1 comment
Sekolah Rendah Tungku, pagi kelmarin, 17 Februari 2011, telah menyambut Maulidur Rasul di dewan sekolah sempena sambutan Maulidur Rasul di negara ini pada 15 Februari lepas. Tetamu kehormat di majlis itu ialah Guru Besar, Cikgu Suhaili bin Haji Jaa'far  dan Penolong Guru Besar I, Cikgu Saramah binti Mail serta guru-guru dan juga murid-murid sekolah.

Majlis bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh pengerusi majlis iaitu Ustaz Haji Salleh bin Haji Nassir, Ketua Guru Ugama SR Tungku. Acara utama di majlis itu ialah pertandingan azan subuh yang dipertandingkan oleh murid-murid lelaki dari Tahun 6  yang ikut menyertai. Manakala, pertandingan menghafaz surah-surah lazim disertai oleh murid-murid perempuan Tahun 5 dan 6. Hakim bagi kedua-kedua pertandingan terdiri dari guru-guru ugama sekolah ini iaitu Ustazah Pengiran Normah binti Pengiran Anom dan Ustazah  Nur Ameerah Hafizah binti Haji Mesali.

Majlis juga dipersembahkan dengan nyanyian nasyid dan dzikir yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6 yang lainnya. Tayangan video tentang aktiviti-aktiviti keugamaan yang telah diungkayahkan di sekolah ini juga dipertontonkan kepada semua para hadirin.

Kemuncak majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan penghargaan bagi peserta-peserta yang telah mengikuti pertandingan-pertandingan azan subuh dan menghafaz surah-surah lazim. Penyampaian hadiah dan penghargaan disempurnakan oleh Guru Besar SR Tungku.


Categories: