Aktiviti Menunggang Kuda

Posted by Unknown on Friday, October 19, 2012 with No comments
Seramai lebih kurang 50 orang murid-murid SR Tungku yang mana sebahagiannya terdiri daripada ahli pengakap sekolah telah mengikuti aktiviti menunggang kuda bertempat di Polo Club. Aktiviti ini dikelolakan oleh Kelab Pengakap SR Tungku yang diketuai oleh Cikgu Hj Mohd Khairul Anuar bin Abdullah/PP Hj Salleh.
Murid-murid berpeluang merasai bagaimana rasanya menunggang kuda mengelilingi kawasan Pantai Cafe, Polo Club. Penutup aktiviti pada petang itu ialah penyampaian sijil penyertaan yang disampaikan oleh Penolong Guru Besar 1, Cikgu Hjh Samziah binti Hj Sabtu.
 
 







 

Categories: