Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

15 March 2012

Teaching Dynamic - English Rendah Bawah

Teaching Dynamic was held at Sekolah Rendah Tungku on 25th February 2012 at the school's hall. Lower English teachers from all Brunei III primary schools around Brunei-Muara gathered for the session. Guest of honours is Cikgu Hj Zakaria bin Hj Duraman, PPKD Brunei III. Headmasters and Headmistresses, acting Headmasters and Headmistresses of the involved schools are also attended the session.






Presenters are English Teachers from SR Tungku















08 March 2012

Penyerahan Bendera Kecil

Lebih 300 helai bendera kecil Negara Brunei Darussalam dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diagihkan kepada murid-murid Sekolah Rendah Tungku.

Majlis Pelancaran Pengagihan Bendera Kecil (Meja) bagi murid-murid sekolah itu disempurnakan oleh Guru Besar, Cikgu Hjh Norliha binti Hj Matali. Turut sama mengagihkan bendera kecil sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-28, Penolong Guru Besar I sekolah tersebut, Cikgu Hjh Samziah binti Hj Sabtu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dan seterusnya penyerahan bendera kecil kepada guru-guru, kakitangan sekolah dan wakil murid setiap darjah.










Bendera kecil tersebut telah diletakkan di atas meja murid-murid di setiap kelas.




05 March 2012

Mewarna Bendera Kecil

Salah satu aktiviti sekolah sempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ialah mewarna bendera Negara Brunei Darussalam. Murid-murid begitu teruja dan bersemangat ketika mewarna bendera tersebut. Bendera yang telah siap diwarna dipamerkan dan digantung ditempat rehat murid.






03 March 2012

Bengkel Masalah Pendengaran

Bengkel Masalah Pendengaran bagi guru-guru dan kakitangan sekolah telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2012 bertempat di Bilik Persidangan Sekolah. Perkembangan Profesional ini diadakan untuk memperkenalkan mengenai masalah pendengaran yang dihadapi oleh beberapa orang murid SR Tungku. Bengkel telah disampaikan oleh Pegawai dari Unit Pendidikan Khas, Widiafalena binti Hj Surhan.


Widiafalena binti Hj Surhan, Pegawai Unit Pendidikan Khas




Kakitangan Sekolah juga turut serta dalam bengkel masalah pendengaran tersebut

Outreach Program - Tulisan Rumi dan Tulisan Jawi

Salah satu aktiviti Outreach Program SR Tungku ialah Bengkel Tulisan Rumi dan Tulisan Jawi telah diadakan bagi ibubapa/penjaga murid Tahun 1 yang berlangsung pada 20hb Februari 2012 bertempat di Dewan SR Tungku. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk mendedahkan cara-cara menulis tulisan rumi menggunakan tulisan sambung dan juga cara-cara penulisan tulisan jawi.

Aktiviti perlawanan tulisan rumi dan tulisan jawi juga diadakan di antara ibubapa/penjaga murid tahun 1.


Cikgu Hashanalhakhim bin Hj Abd Halim, Penolong Guru Besar II memberi ucapan alu-aluan

Cikgu Yulia binti Abdullah, salah seorang penyampai bagi aktiviti tulisan rumi dan tulisan jawi

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts