Tungku Primary School, Brunei III Cluster 1

Twitter Updates

19 February 2011

Pengagihan Bendera oleh Pemangku Pengarah JAPEM

Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan telah berkenan mengagihkan bendera-bendera kecil kepada murid-murid Sekolah Rendah Tungku yang berlangsung pada 14 Februari lepas bertempat di dewan sekolah ini.

Ketibaan Pemangku Pengarah disambut oleh Guru Besar sekolah, Cikgu Suhaili bin Haji Jaa'far yang mana beliau juga kemudiannya mengiringi Pemangku Pengarah dalam pengagihan bendera-bendera kecil kepada murid-murid sekolah.

Liputan lanjut mengenai laporan ini bolehlah dilayari di laman web Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Belia dan Sukan, http://www.japem.gov.bn/catatan/2011/februari.htm, seperti apa yang di lihat di bawah ini;

Meningkatkan Patriotisme Di Kalangan Murid Sekolah
Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan ketika mengagihkan bendera kecil
sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-27 kepada murid-murid Sekolah Rendah Tungku, Gadong
Lebih 500 helai bendera kecil Negara Brunei Darussalam dari Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diagihkan pagi tadi kepada murid-murid Sekolah Rendah Tungku, Gadong.

Majlis Pelancaran Pengagihan Bendera Kecil (Meja) bagi murid-murid sekolah itu disempurnakan oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Hajah Misnah binti Haji Bolhassan yang diadakan di Dewan sekolah tersebut.

Turut sama mengagihkan bendera kecil (meja) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-27, Guru Besar sekolah tersebut, Cikgu Suhaili bin Haji Jafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Selamat kemudian diikuti dengan menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan', seterusnya ucapan alu-aluan Guru Besar sekolah tersebut.

Acara kemuncak pada pagi tadi ialah pengagihan bendera oleh tetamu kehormat kepada murid-murid sekolah tersebut.

Tetamu kehormat kemudian melawat kelas-kelas yang telah diletakkan bendera di atas meja pelajar sambil beramah mesra bersama mereka.

Pengenalan Blog Sekolah

Sesi kongsisama memperkenalkan blog sekolah telah diadakan pada 8hb Februari 2011 berlangsung di bilik ICT sekolah. 

Cikgu Md Zul Ariffin bin Hj Ibrahim selaku mastermind blog sekolah telah menghuraikan dengan lebih jelas lagi mengenai dengan cara mempost dan mengemaskini blog. Sesi turut dihadiri oleh Penolong Guru Besar 1, Cikgu Saramah binti Mail.







18 February 2011

Maulidur Rasul

Sekolah Rendah Tungku, pagi kelmarin, 17 Februari 2011, telah menyambut Maulidur Rasul di dewan sekolah sempena sambutan Maulidur Rasul di negara ini pada 15 Februari lepas. Tetamu kehormat di majlis itu ialah Guru Besar, Cikgu Suhaili bin Haji Jaa'far  dan Penolong Guru Besar I, Cikgu Saramah binti Mail serta guru-guru dan juga murid-murid sekolah.

Majlis bermula dengan bacaan doa yang diketuai oleh pengerusi majlis iaitu Ustaz Haji Salleh bin Haji Nassir, Ketua Guru Ugama SR Tungku. Acara utama di majlis itu ialah pertandingan azan subuh yang dipertandingkan oleh murid-murid lelaki dari Tahun 6  yang ikut menyertai. Manakala, pertandingan menghafaz surah-surah lazim disertai oleh murid-murid perempuan Tahun 5 dan 6. Hakim bagi kedua-kedua pertandingan terdiri dari guru-guru ugama sekolah ini iaitu Ustazah Pengiran Normah binti Pengiran Anom dan Ustazah  Nur Ameerah Hafizah binti Haji Mesali.

Majlis juga dipersembahkan dengan nyanyian nasyid dan dzikir yang dipersembahkan oleh murid-murid Tahun 6 yang lainnya. Tayangan video tentang aktiviti-aktiviti keugamaan yang telah diungkayahkan di sekolah ini juga dipertontonkan kepada semua para hadirin.

Kemuncak majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan penghargaan bagi peserta-peserta yang telah mengikuti pertandingan-pertandingan azan subuh dan menghafaz surah-surah lazim. Penyampaian hadiah dan penghargaan disempurnakan oleh Guru Besar SR Tungku.


12 February 2011

Sharing session on the use of Instructional Material

Date: 19th January 2011
Time: 2pm
Venue: Conference Room

Topic: The use of Instructional Material
Presenter: Hj Suhaili bin Hj Jaafar






19 January 2011

Majlis Perpisahan bagi 3 Orang Guru

  



Tiga orang guru telah diraikan sempena majlis perpisahan khas untuk mereka demi mengenang jasa dan penghargaan yang telah dihulurkan kepada sekolah ini. majlis berlangsung pada jam 2 petang di Restoran Selera Alam di Kompleks Delima Kampong Serusop.

Guru-guru yang diraikan, Cikgu Yusnani binti Zulkefli,; bekas guru SENA sekolah ini yang telah berpindah tempat bertugas di salah satu sekolah di daerah Tutong. Cikgu Roseadah; bekas guru matapelajaran Science Tahun 6 yang berpeluang melanjutkan pengajian di Universiti Brunei Darussalam dalam jurusan Master dan mantan Penolong Guru Besar II Cikgu Fizawati binti Haji Khanafiah yang telah berpindah tempat bertugas ke pejabat pendidikan bahagian ICT.

Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Shamsiah binti Haji Burut dan dimulakan dengan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Haji Salleh bagi memberkati majlis perpisahan itu. Guru Besar, Cikgu Suhaili bin Haji Jaa'far, memulakan ucapan alu-aluan dan penghargaan kepada guru-guru yang diraikan dan guru-guru yang hadir pada masa itu. Majlis diselajurkan dengan ucapan sepatah dua kata dari tiga orang guru yang diraikan.

Bagi memperingati jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan selama bertugas di Sekolah Rendah Tungku, cenderahati sebagai penghargaan telah disampaikan oleh Guru Besar kepada guru-guru yang diraikan. Bagi menutup majlis, Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar dan semua guru-guru dipersilakan dengan menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak restoran.

 

Pendaftaran Profil & iNEIS Online

Popular Posts