SR Tungku Juara Sepak Takraw

Posted by S Tungku on Thursday, May 01, 2014 with No comments







Sekolah Rendah Tungku berjaya menjulang sebagai juara bagi Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Zon Brunei III bagi tahun 2014 yang berlangsung di Sekolah Sukan, Berakas.

Sekolah Rendah Tungku yang diwakili oleh lima pemain dengan jersey kuning berjaya menewaskan Sekolah Rendah Rimba II dengan mata jaringan 15 – 10 di set pertama dan 15 – 8 di set kedua, sekaligus menjadikan Sekolah Rendah Rimba II sebagai Naib Johan bagi kejohanan ini.

Tempat ketiga dimenangi oleh Sekolah Rendah PPSD Sahibul Bandar yang menewaskan Sekolah Rendah OKSB Kilanas sebagai tempat keempat.

Pemangku Penolong Pengarah Daerah Zon Brunei III, Haji Zakaria bin Haji Duraman, dari Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan selaku tetamu kehormat berkenan menyampaikan pingat kepada semua pemain-pemain yang merangkul sebagai johan, naib johan, tempat ketiga dan keempat serta penghargaan kepada sekolah-sekolah kawasan Brunei III yang turut menyertai serta kepada ahli-ahli jawatankuasa termasuk hakim-hakim perlawanan yang sama-sama turut menjayakan kejohanan ini.

Hajah Norliha binti Haji Matali, Guru Besar Sekolah Rendah Tungku berkenan menyampaikan penghargaan kepada tetamu kehormat di atas kesudian beliau menghadiri dan menyemarakkan acara kejohanan.

Kejohanan Sepak Takraw ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum Kementerian Pendidikan dan diselanggarakan oleh Sekolah Rendah Tungku sebagai tuan rumah

**Lebih banyak gambar di Facebook kami.
Reactions: