Kejohanan Bola Tangkis Sekolah-Sekolah Rendah

Posted by Unknown on Saturday, March 06, 2010 with No comments

 
 
 

6 Mar 2010, Sabtu.

Kejohanan bola tangkis telah diadakan pada 2, 3 dan 4 Mac 2010 bermula dari jam 1.45 petang yang lalu. Pada 2 Mac 2010, perlawanan perseorangan lelaki dan perempuan diadakan di Pusat Belia dan Sukan dan di wakili oleh Nuruddin bin Haji Aji (perseorangan lelaki) dan Aina Karmila bte Mekrat (perseorangan perempuan). Mereka tidak berjaya memasuki peringkat separuh akhir akan tetapi mereka sudah berusaha untuk bermain dengan sebaik mungkin..Tahniah kepada mereka berdua!!

Pada 3 Mac pula, perlawanan beregu lelaki dan perempuan diadakan dan wakil dari sekolah kita ialah Sufian bin Sufri dan Afiq bin Abdullah Azmi (beregu lelaki). Saingan mereka adalah wakil dari Sekolah OKSB Kilanas. Pertarungan yang cukup hebat diantara mereka akhirnya mereka dapat menewaskan wakil dari sekolah kita dengan mendapat 21-19 bagi kedua- dua set. Namun begitu, Cikgu Norhani dan Cikgu Yulia sangat berbangga dengan permainan mereka walaupun mereka tertewas pada perlawanan pertama.

Kemudian, perlawanan diikuti dengan beregu perempuan yang diwakili oleh Dk. Nabihah bte Pg Baharuddin dan pemain baru (Syasha) untuk menggantikan Siti Nurin Afifah binti Bariffin yang telah jatuh sakit dan diberikan cuti selama 3 hari. Walaupun pemain baru, namun wakil beregu perempuan kita dapat memasuki peringkat separuh akhir setelah menewaskan wakil dari Sekolah Rendah OKSB Kilanas kemudian menewaskan lagi Sekolah Rendah Kiulap. Tetapi untuk masuk pusingan akhir, sekolah kita telah di tewaskan oleh Sekolah Rendah Beribi Telanai. Atas usaha mereka, wakil dari sekolah kita telah mendapat tempat ketiga bersama dengan Sekolah Rendah Sahibul Bandar.

Pada 4 Mac 2010, pertandingan peringkat akhir telah diadakan dan seterusnya acara penyampaian hadiah. Disini pihak Sekolah mengucapkan TAHNIAH atas kejayaan yang mereka perolehi dan bangga dengan segala usaha yang telah mereka kerah untuk menjayakan perlawanan ini. dan tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada wakil penjaga garisan kita iaitu cikgu Hajah Rosni dan Cikgu Hamdillah kerana dapat meluangkan masa bersama-sama kami bagi melancarkan lagi perlawanan ini.
Categories: