Aidilfitri 2011

Posted by Unknown on Sunday, September 11, 2011 with 1 comment

Majlis Sambutan Hari Raya bagi tahun 2011 telah sempurna diungkayahkan di dewan SR Tungku kelmarin, 10 September 2011. Acara yang diraikan bersama murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Amiruddin bin Haji Md Said dan dijuruacarakan oleh Cikgu Noor Mohd Sah bin Haji Metassim.

Tetamu Kehormat di majlis itu ialah Guru Besar, Cikgu Hajah Norliha binti Haji Matali. Juga diiringi oleh Penolong Guru Besar I dan II, Cikgu Saramah binti Mail dan Cikgu Hajah Samziah binti Haji Sabtu.

Berbagai acara dipersembahkan dari murid-murid tahun 1 hingga 6. Antaranya persembahan nyanyian Hari Raya, persembahan pakaian Hari Raya Tercantik bagi kategori Tahun 1 hingga 6 murid-murid lelaki dan perempuan. Pakaian Hari Raya Tercantik bagi seorang guru lelaki dan seorang guru perempuan dimenangi oleh Ustaz Haji Salleh bin Haji Nassir dan Cikgu Mazalinah binti Haji Mohamad. Tiga penuntut dari Tahun 6 iaitu Md Ridzwan, Raudhah dan Faizah, mempersembahkan pantun Hari Raya di atas pentas.

Acara kemuncak di majlis itu diserikan dengan persembahan nyanyian Hari Raya dari guru-guru dan disudahi dengan acara bersalam-salaman bersama guru-guru, kakitangan dan murid-murid yang hadir.


lebih banyak gambar di Facebook kami.
Categories: