NDA! Cegah Dadah dari awal!

Posted by Unknown on Tuesday, May 03, 2011 with 1 comment

Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 tadi pagi telah disampaikan taklimat mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah yang berlangsung di dalam dewan sekolah. Taklimat disampaikan oleh Pengiran Mohammad Shamsul Adli bin Pengiran Salleh, seorang pegawai dari cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah, Biro Kawalan Narkotik.

Sesi taklimat juga dihadiri oleh Guru Besar, Cikgu Hajah Norliha binti Haji Matali, PGB I dan PGB II, Cikgu Saramah binti Mail dan Cikgu Samziah binti Haji Sabtu serta guru-guru yang mengajar Rendah Atas.

Taklimat bertujuan untuk mengkongsikan ilmu pengetahuan serta kesedaran kepada murid-murid yang hadir tentang bahaya dadah, jenis-jenis dadah, hukuman-hukuman bagi pengedar dan pembeli dadah dan akibat-akibat serta gejala penyakit hasil dari pengambilan dadah. Sesi soal jawab antara pegawai penceramah dan murid-murid juga berlangsung pagi itu dan mereka telah diberi cenderamata sebagai penghargaan kerana telah bertanya tentang bahaya dadah.

Diakhir taklimat, Cikgu Samziah binti Haji Sabtu, Penolong Guru Besar II, mewakili Guru Besar sekolah, berkesudian menyampaikan cenderahati kepada penceramah atas kesudian mengongsikan ilmu pendidikan pencegahan dadah.
Pengiran Mohammad Shamsul Adli bin Pengiran Salleh,
seorang pegawai dari cawangan Pendidikan Pencegahan Dadah, Biro Kawalan Narkotik

Cikgu Samziah binti Haji Sabtu, Penolong Guru Besar II, mewakili Guru Besar sekolah, berkesudian menyampaikan cenderahati.

Categories: